Monday, August 25, 2014

GEMPAR! PENEMUAN IKAN JERUNG BERMATA SATU YANG ANEH!

Pada pertengahan tahun 2011,sekumpulan nelayan persendirian telah menangkap seekor ikan jerung yang sedang bunting di perairan Baja California sur,Mexico. Suasana menjadi gempar setelah mereka membelah perut ikan jerung itu,dan menemukan fetus ikan jerung yang aneh dan unik. Fetus itu bermata satu dan albino.
Setelah gambar fetus itu tersebar luas di media dan menjadi viral, maka keluar beberapa spekulasi dari orang ramai yang mengatakan bahawa gambar itu adalah palsu,dan di ubah menggunakan teknologi komputer masa kini. Namun semua spekulasi itu terungkai apabila para saintis mengesahkan yang fetus ikan jerung itu adalah benar dan asli,setelah mereka menjalankan ujikaji ke atasnya. Tisu mata fetus itu berfungsi dengan baik dan sempurna.
















Fetus ikan jerung ini kini berada dalam simpanan saintis untuk tujuan pembelajaran dan pendidikan.

No comments:

Post a Comment