Sunday, November 16, 2014

SENARAI 10 WATAK HORROR DALAM FILEM HOLLYWOOD YANG WAJIB ANDA TONTON!

Berikut merupakan senarai watak-watak filem horror Hollywood yang sangat menakutkan.
Atas faktor cara pembunuhan,konflik hidup,dan masa silam yang lampau,membuatkan
mereka ini layak berada di senarai kami,jom sama kita saksikan:-




1. JASON VOORHEES


Jason merupakan watak dalam filem Friday the 13th. Beliau merupakan seorang yang cacat
pada mukanya, dan kerana itu,semasa kecil beliau selalu di buli dan dipinggirkan oleh kanak kanak yang sebaya dengannya. Beliau tinggal bersama ibunya di sebuah kabin yang terletak di
Crystal Lake Camp. Beliau juga pernah dibuli sehingga hampir lemas di tasik tersebut.
Setelah dewasa,beliau menjadi tukang masak di camp tersebut. Akibat kesan penderaan psikologi semasa kecil,beliau menjadi seorang yang psycho. Beliau mula membunuh sesiapa yang datang berkelah dan melancong di tasik tersebut. Beliau juga telah membunuh ibunya sendiri dengan cara memenggal kepala.




2. Freddy Kruger



Freddy Krueger merupakan watak seram dalam filem A Nightmare On Elms Street. Beliau tinggal di jalan Elms, dan obsesi pada penyembahan ilmu pagan, yang memerlukan beliau membunuh kanak-kanak untuk menjadi kebal dan mistik. Oleh kerana banyak laopran dibuat tentang kehilangan kanak-kanak di kawasan tersebut, orang ramai telah membakar rumah beliau dan membuatkan beliau turut terkorban. Ironinya beliau bangkit semula dengan kuasa mistik pagan yang ada padanya,dan mula memburu kanak kanak dan kejiranan di Elms street. Cara beliau membunuh sungguh dasyat,beliau mampu membunuh mangsanya dengan cara masuk kedalam alam mimpi mangsanya,dan membunuh di dalam mimpi. Kesannya,pada dunia yang nyata,mangsa turut terkorban.



3. Michael Myers.


Michael Myers merupakan watak dalam filem Heloween. Semasa kecil,beliau merupakan seorang anak yang baik. Tetapi kerana keluarga yang huru hara,ibu beliau menjadi pelacur, datuknya penagih dadah, kakak beliau yang liar, membuatkan beliau mengalami tekanan perasaaan yang melampau. Akhirnya beliau telah membunuh kesemua ahli keluarganya, kecuali adik perempuannya yang masih bayi. Beliau telah di masukkan ke hospital gila sejak dari kecil lagi, memerlukan dos ubat yang banyak, akhirnya beliau telah dikurung sehingga dewasa. Beliau berjaya melarikan diri dari  hospital tersebut,dan mula menggila di bandar Haddonfield.





4. Pinhead dan Cenobites.




Cenobites adalah watak dalam filem Hellriser.Mereka adalah malaikat maut yang membunuh sesiapa sahaja yang meminta bantuan dari jin dan kotak maut. Cenobites diketuai oleh Pinhead. Pinhead merupakan seorang pegawai tentera yang hidup di zaman tentera Nazi. Semasa berperang,beliau telah menemui kotak maut. Kerana perasaan ingin tahu pada kotak itu,telah meragut nyawa beliau,dan beliau telah menjadi malaikat maut. Cara beliau membunuh mangsanya sungguh kejam.



5. Vincent.



Vincent merupakan watak dalam filem House of Wax. Beliau merupakan tukang lilin, dan memiliki muzium lilin. Uniknya,semua peralatan,pameran dan juga bangunan muzium itu sendiri di perbuat dari lilin. Beliau mengalami tekanan mental setelah disisih oleh masyarakat kerana mukanya yang cacat.Beliau telah membunuh semua penduduk di pekan tempat kediamannya,dan mengawet mereka semua menjadi lilin.



6. Three finger,Saw tooth, One eye.


Mereka bertiga merupakan watak dalam filem Wrong Turn. Mereka tinggal di dalam hutan Virgina,mereka adalah manusia mutan hasil terkena bahan radiasi yang telah di lepaskan oleh kerajaan US dalam ujikaji senjata nuklear.Hasilnya,mereka menjadi manusia kanibal.
Mereka membunuh mangsanya dengan memakannya mentah mentah.



7.Pennywise the Clown (IT)


Pennywise merupakan watak dalam filem IT, Beliau merupakan jin yang menyerupai badut
untuk mengelirukan mangsanya.Beliau gemar mebunuh kanak-kanak.



8.The Creeper


The Creeper merupakan watak dalam filem Jeeper Creepers.Merupakan jin yang hidup di kawasan lebuhraya. Memperdaya mangsanya dengan membawa lori trailer,dan melanggar kenderaan mangsa,kemudian mengutip mangsa untuk di bawa pulang ke tempat beliau mencincang,menyiat kulit mangsa dan memakan mangsa hidup-hidup.



9.Leatherface


Leatherface merupakan watak dalam filem The Texas Chainsaw Massacre. Beliau merupakan watak sebenar dalam dunia nyata,di adaptasi dari kisah benar yang berlaku di Texas sekitar tahun 60'an-70'an, dilahirkan dengan nama Jedidiah "Jed" Sawyer. Beliau memakai topeng yang diperbuat dari kulit manusia.Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga yang huru hara.Mempunyai wajah yang cacat,membuatkan beliau hilang keupayaan diri untuk berdepan dengan dunia,membuatkan beliau membunuh mangsanya dengan menyiat kulit muka mangsa,dan memakai kulit muka itu sebagai topeng,dan setelah kulit itu menjadi busuk,beliau akan menggantinya dengan muka yang baru.



10.The Collector


The Collector merupakan watak dalam filem The Collector.Beliau gemar mengumpul barang-barang yang diminatinya,termasuklah manusia.Beliau akan mengurung mangsanya di dalam satu peti besi,sehingga beliau jemu atau mangsanya mati.Beliau akan menggantikan mangsanya dengan mangsa yang baru.

No comments:

Post a Comment