Muzik dan Infomasi:Lirik lagu rock yang berunsur kesufian,tasauf dan keagamaan.

Berikut antara senarai lagu-lagu rock yang disalah erti sebagai lagu cinta hakiki,tetapi sebenarnya lebih kepada unsur kerohanian,kesufian dan keagamaan.



1.Damasutra-Asyik

Lagu ini bergitu dalam makna dan pengertiannya.Jika dipandang secara luaran,tidak akan nampak makna sebenar yang cuba di sampaikan oleh penulis selain dari lirik berunsur cinta dunia sahaja.Mari kita amati bait bait lirik ini secara mendalam.

Dengan bahasa kalimah yang sama
Puji dan memuja
Dilindung dan dibuka
Rahsiakan tetap rahsia

Indah bukan rupa
Harum bukan bunga
Manis bukan gula
Panas bukannya bara
Cintakan tetap cinta
Sejak aku kenali
CintaMu yang suci
Aku telah berjanji
Tak berpaling lagi

Akan aku genggam api
Hingga jadi besi
Dan nyata sebati

Gelap bukan malam
Terang bukan siang
Satu tak terbilang
Hanyut tak terenang
Waktu tak terasa
Rindu tak terkata
Asyiknya cinta

Dan hanya kepadaMu
Kuserah jiwa ragaku
Walau berjuta seteru
Tak kuragu

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/08/lirik-asyik-damasutra.html#ixzz3BEq4XAEh


Penulis cuba menyampaikan makna keindahan dalam keimanan semenjak lahir kedunia hingga ke penghujung nyawa.






2.Melissa-Memikat Cahaya

Lirik lagu ini mengisahkan seorang insan yang bergelumang dengan dosa sepanjang hidupnya,dan berusaha mencari hidayah,tetapi atas hasutan dunia yang sangat hebat,bertapa lemahnya keimanan sehingga kembali ke pintu dosa.

Memikat Cahaya

Di hamaran terhimpun noda,
mencari entah kemana,
Kelahiran di atas semua,
Di dalam khazanah cinta,
Tak tercapai bintang mendayu,

Perjalanan memikat cahaya,
yang hilang entah kemana,
tak menentu arah yang ada hanya nyanyian,
untuk memujuk hatiku ini

Tiada lagi sinar cinta,
Di persingahan itu,
Harapan dijanji bersama,
Terkubur jua,

Berjanji tunai tanpa di sedari,
Dengan alunan hati,
Seiring lamunan sepi,
Segala akhirnya cinta kita,
Setelah cinta ternoda.






3.UG14-Sempadan sempurna.

Lirik lagu ini mengisahkan perhubungan sesama manusia dalam menjalani kehidupan di dunia yang serba sementara ini,dan mengajak ke arah mensyukuri nikmat pemberian tuhan Yang Maha Esa.

Suasana indah terangnya suria nikmat sepuasnya
mengaturkan langkah aman dan sentosa
dengan semanagat sesuci hakikat yang menjadi tanda
kesyukuran ku

kedamaian jiwa tenangnya dihati tandanya setuju
atas namaku berjanji bersama
dengan semangat sesuci hakikat yang menjadi tanda kesukuranku

bukti pada dunia
kita akan menerus berganding tangan bersyukur pada yang ada apa yang ada disini

melangkah seirama kita bersama 
menuju ke garisan cinta yang abadi 
walau kemana saja kita berdiri sejahtera pasti yang ada

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/07/lirik-lagu-sempadan-sempurna-ug14.html#ixzz3BEtaK8Jr






4.Krabat-Keinsafan.

Tajuk di atas telah menterjemahkan apa yang cuba disampaikan oleh penulis lirik lagu ini,cuba hayati:

Sayup terdengar hujan mencurah ke bumi
Kini terasa memecah kesunyian malam
Dan aku di sini sendiri dibaluti resah
Dibayangi sesal yang tak sudah

Renung langit sepi tiada purnama
Di dalam kelam ku lihat bayangku sendiri
Terpaku membisu tanpa suara dan segala
Apa petanda, apa rahsia

( korus )
Oh Tuhanku Yang Maha Esa
Maha Penyayang Maha Pemurah
Andainya malam yang begini
Memberi pengertian untukku
Mencari hidayahmu...

Maka kutadahkan setulus
Pengampunan dan pengharapan
Untuk aku menebus dosa-dosa semalam

Cukup setakat ini... aku merasa
Terasing terhukuman dalam sengsara
Balasan dari kehancuran
Yang aku ciptakan

Dan kini ku mengerti
Antara dosa pahala
Yang mana lebih utama
Dalam meniti hidupan dan hari kematian
oh...

( solo )

( ulang korus & 1 )

( 1 )
Andai malam ini satu peringatan
Bersyukurku pada Illahi
Andai malam ini satu kesudahan
Ku pintakan... satu pengaduan
Untukku menyudahkan kalimah
Terakhir...

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2010/04/krabat-keinsafan-lirik.html#ixzz3BEuDYen5




5.Bumiputra Rockers(BPR)-Maghrib

Lagu ini mengajak para pendengar menunaikan panggilan ilahi untuk menunaikan solat dan meninggalkan segala pekerjaan dunia.

Kala mentari mulai tenggelam...
Awan di langit mulai menguning
Terdengar suara azan
Memuja nama tuhan
Namun tiada kau endahkan
Menyahut seruan...

Maghrib...

Suara bilal menyebut nama Allah...
Pesuruhnya Muhammad Rasulullah...
Suasana sedu sedan
menghening keadaan
Namun tiada kau endahkan
menyahut seruan

Maghrib...

*
Ku tahu di hatimu
mungkin berat nak kau tunaikan
Ku tahu alasanmu
Mungkinkah esok nanti
akan kau cuci dosa dosamu....

Ulang *

Di bumi inilah kita tinggal...
Izin hidup hanya satu penggal
Mungkin esok kan mati
Dunia tiada lagi
Barulah kau nak menyesal
Banyak yang kau tinggal

lagi...




6.Giegiel-Cahaya

Lagu ini mengisahkan tentang perjalanan seorang hamba dalam pencarian mencari hidayah Allah dan jalan-jalan orang yang soleh.

Akhir kutemui sinar menerangi
Umpama datangnya bidadari
Terasa bagaikan mimpi-mimpi suci
Hadirnya ada rahsia tersendiri

Biar arah mengelirukan diri
Biar rebah ke bumi

Tersesat bagaikan tiada bertepi
Ke dasar hanya doa mengiringi
Kabut yang berlari ditinggal begitu
Takkan kudakap seperti dulu

( 1 )
Di sepi malam hanya bertemankan bintang
Hatiku merayu pada-Mu Tuhan Yang Satu
Moga diberikan satu petunjuk dan jalan menemui-Mu
Hanya ku berserah padamu Tuhan ku

( 2 )
Hanya pada nama
Hanya satu pintaku
Hanya pada kasih
Kan kuserahkan jiwaku
Hanya pada cinta
Hanya itu janjiku
Hanya pada Satu
Aku imankan jiwaku

( 3 )
Aku merayu pada-Mu Yang Satu
Moga ditempatkan ku bersama cahaya
Seperti mereka
Setia dengan Mu

( ulang 1, 2 & 3 )

Setia dengan Mu ( 3X )

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/08/lirik-cahaya-giegiel.html#ixzz3BEyNTjyw





7.Lefthanded-Alam dan Pencipta

Lagu ini meceritakan pengertian sebenar tentang alam ini dan penciptanya.


demi kau yang beri kehidupan
pencipta alam luas terbentang
* aku kagum penciptaanmu
hanya kau tuhan yang satu
pasang surut laut silih berganti
bertukar siang berganti malam
bulan bintang matahari
menerangi alam maya ini
apa juga di dalam kedamaian
setiap yang bernafas atau bernyawa
dia berkuasa atas segalanya
kau tuhan yang maha kaya
kehidupan hanya sementara
yang kekal hanya yang maha esa
kau tuhan pencipta alam
yang memberi kehidupan


8.Skala-Pengertian Cinta
Lagu ini mengisahkan makna sebenar CINTA menurut definasi penulis.Penulis ingin membuka mata pendengar tentang hakikat cinta yang sebenar.
Dan sesungguhnya kebenaran ini adalah nyata
Apa yang ada di langit dan bumi adalah cinta
Kerana kasihNya disertai bukti dan dirasai

Bagai mentari menyerahkan kasih kepada bumi
Dan alam ini menaburkan rezki pada insani
Kerana kasihNya tiada terbatas tiada terperi

Segala keindahan dilukiskan dengan nikmat kehidupan
Tiada terbatas pemberian yang Kau hulurkan
Tanda keagungan kasih sayang yang Engkau curahkan
Namun masih ada yang tidak sedar kasih padaNya

Dan sesungguhnya pengertian cinta begitu luas
Apa yang ada di langit dan bumi adalah cinta
Dilihat dirasa dengan mata hati insan sejati 
- See more at: http://liriksemualagu.blogspot.com/2009/11/lirik-lagu-pengertian-cinta-skala.html#.U_jbaPmSw0A


9.Rahim Maarof-Istana Menanti
Istana menanti yang dimaksudkan oleh penulis adalah liang lahad yang bakal kita menghuni saat kematian datang menjemput.Bersediakah kita?
Langkah ini
Terasa terhenti-henti
Depan kelabu
Pedih memilu
Masa bukan lagi temanku

Masih jua
Aku mengharap cahaya
Biarpun terus
Meredah belukar
Pecahan kaca

Menusuk tubuh berdarah
Sakitnya tiada terkira

Istana menanti
Bertakhta hati
Berseri...
Istana menanti
Tempat kita
Pasti...

Getar jari-jemari
Bertaut pada harapan ini
Aku membilang hari
Apa akan datang hari
Ku nanti
Istana menanti
Pasti...

No comments:

Post a Comment